Friday, August 12, 2011

Peraturan-Peraturan Kelab SPBT

Peraturan-Peraturan Kelab SPBT
Matlamat : Kelab SPBT SJK ( C ) PAY FONG 3 ditubuhkan untuk melatih murid-murid dari segi perkembangan jasmani, rohani, emosi dan intelek.
Objektif : Murid-murid melakukan kerja harian dan tanggungjawab sendiri dengan Berjaya. Ahli-ahli boleh berdikari serta menunjukkan ciri-ciri sebagai pemimpin.
Untuk berjaya menjalankan kegiatan kelab SPBT, murid-murid perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:
  1. Ahli kelab mesti mematuhi arahan-arahan guru penasihat.
  2. Semua ahli kelab diwajibkan menghadiri setiap perjumpaan.
  3. Semua ahli mesti menjalankan aktiviti dengan bersungguh-sungguh misalnya membaikpulih buku teks, membalut buku teks, mengemaskan bilik BOSS, menghiaskan bilik BOSS dan sebagainya.
  4. Sebagai ahli mestilah berdisiplin, bersopan santun, berakhlak mulia dan sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada guru penasihat.
  5. Semua ahli mesti menjaga kebersihan bilik BOSS.
  6. Sebagai ahli yang bertanggungjawab semua peralatan yang telah digunakan mestilah disimpan di tempat asalnya.
  7. Semua ahli dikehendaki menjalankan tugas dengan mengikut jadual waktu yang disediakan.

LAGU BAHAGIAN BUKU TEKS

LAGU BAHAGIAN BUKU TEKS

BBT JAYA

Bersama kita, berazam cita
Gigih berjuang demi negara
Tingkat kualiti Bahagian kita
Kecemerlangan aspirasi utama

Melangkah maju capai wawasan
Impian jadi satu yang nyata
Menjana ilmu amanah negara
Cekap proaktif jadi amalan

Ilmu diutama cita kita semua
Pintar ICT membina identiti
Etika kerja jadikan pedoman
Berjiwa nan murni jadikan pegangan

BBT bersemangat jitu
BBT menuju mercu (2x)

Program SisteksBBT, eMATEKS Dan Kelab SPBT

Program SisteksBBT, eMATEKS Dan Kelab SPBT

Sisteksbbt

Sisteksbbt adalah satu sistem pengkomputeran pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah. Pembangunan Sisteksbbt adalah di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih.

Sisteksbbt diwujudkan untuk menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.

Program ini bertujuan untuk:
  1. Mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien berasaskan ICT
  2. Mewujudkan satu sistem yang dapat membantu pemantauan dan penyelarasan pengurusan SPBT di peringkat BBT/JPN/JAIN/PPG/PPD/PPDK

Sistem ini mempunyai ciri yang dapat memudahkan guru SPBT menguruskan SPBT iaitu:
  1. Semua maklumat dapat direkodkan melalui penggunaan pengimbas barkod (barcode reader)
  2. Sisteksbbt menggunakan sepenuhnya data dari SMM yang digunakan di sekolah. Oleh itu, guru tidak perlu memasukkan secara manual data murid ke dalam Sisteksbbt, memadai dengan mengimport data dari SMM
  3. Laporan-laporan yang diperlukan dalam pengurusan SPBT dapat dijana terus dari sistem ini

Semua laporan yang dijana oleh komputer merupakan data yang sahih atau tepat.Sebarang pengubahsuaian data oleh pentadbir sekolah akan menyebabkan sistem terhenti secara serta merta.

eMATEKS

eMATEKS ialah ringkasan kepada Elektronik Mantau Buku Teks adalah program pemantauan penerimaan dan pembayaran buku teks secara online. Ia bertujuan untuk mendapatkan status penerimaan buku teks oleh sekolah dan tuntutan pembayaran oleh penerbit di JPN dan BBT.

Melalui eMATEKS proses pemantauan akan menjadi lebih mudah dan maklumat dapat diperolehi dengan lebih cepat kerana:
1.   Kerana birokrasi dapat dikurangkan
2.   Proses penyampaian (delivery system) lebih cepat
3.   Maklumat dalam tempoh masa sebenar
4.   Dapat dicapai oleh semua pihak (stakeholders) dengan lebih mudah
5.   Dapat dicapai di mana-mana rangkaian internet

Kelab SPBT

Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun 2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT. Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di samping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu.

Surat siaran Bil. KP (BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998: apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Objektif Kelab SPBT adalah:
  1. Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh
  2. Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid
  3. Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT
  4. Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab-kelab lain di sekolah
  5. Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu

Keahlian Kelab SPBT ini adalah terbuka kepada semua murid yang berminat.

Kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab SPBT ini dapat memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu utama serta memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah:
·         Ceramah penjagaan buku teks
·         Pertandingan melukis kulit buku teks
·         Pertandingan melukis poster
·         Melukis mural
·         Kuiz

SEJARAH PENUBUHAN BAHAGIAN BUKU TEKS

SEJARAH PENUBUHAN BAHAGIAN BUKU TEKS

Bahagian Buku Teks (BBT) mula ditubuhkan sebagai satu unit di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran (EPRD), Kementerian Pelajaran pada 15 Mei 1967. Pada ketika itu fungsi unit ini ialah mengawal dan menentukan semua sekolah di Malaysia Barat mematuhi peraturan Kementerian Pelajaran mengenai pembelian, penjualan, dan penggunaan buku teks.


Sejarah perkembangan BBT adalah seperti berikut:
1969
Diletakkan di Bahagian Sekolah
1971
Pengurusan dikembalikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran
1972
Dikenali sebagai Biro Buku Teks dan beroperasi sebagai organisasi tersendiri yang bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
1975
Pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
1983
Pelaksanaan SPBT ke Sekolah Menengah Agama
1988
Nama Biro Buku Teks ditukar kepada Bahagian Buku Teks seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (EPC) Bil. 102 bertarikh 15 Julai 1988
2002
Bahagian ini telah distruktur semula daripada 3 sektor kepada 7 sektor selaras dengan penambahan fungsi di bawah Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia