Tuesday, November 15, 2011

~Surat Akuan Pinjaman Murid~

__________________________

__________________________

__________________________


Tarikh : ________________
Kepada
Guru Skim Pinjaman Buku Teks
SJK C Pay Fong 3


Anak saya yang bernama                                             (                                   ) layak  meminjam buku SPBT mulai Tahun 1 hingga Tahun 6.

1.    Saya memahami bahawa semua buku tersebut merupakan hak Kerajaan Malaysia yang dipinjamkan kepada anak saya dan saya tertakluk kepada peraturan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah.

2.    Dengan ini, saya berjanji akan memastikan anak saya menjaga buku teks dengan baik dan memenuhi peraturan-peraturan SPBT iaitu :
2.1  Membalut buku teks dengan plastic lutsinar
用透明塑料纸包裹课本
2.2  Membawa buku teks ke sekolah dengan mengikut jadual waktu kelas
根据时间表带课本来上课
2.3  Tidak meninggalkan buku teks di kelas atau di merata-rata tempat
不把课本留在课室或者是随处乱放
2.4  Tidak meminjamkan buku teks kepada murid lain
不把课本借给其他同学,以免同学错拿课本或是弄不见课本
2.5  Tidak menconteng, merosakkan atau menghilangkan buku teks
不涂鸦、不破坏、不弄丢课本
2.6  Menjaga kebersihan buku teks
照顾课本的整洁
2.7  Menuliskan nama, tahun dan kelas di ruang yang disediakan
把名字、年份和年级写在课本里已准备的框里
2.8  Tidak menulis atau menampal nama di depan kulit buku teks
不把名字写或黏在课本的封面
2.9  Mengambil dan memulangkan buku teks pada waktunya
根据老师的指示拿书与还书

3.  Jika saya mendapati anak saya menghilangkan buku teks, saya akan memberitahu pihak pengurusan SPBT dengan segera.  

4.    Sekiranya anak saya melanggar peraturan tersebut, maka pihak pengurusan SPBT sekolah berhak mengambil tindakan atau meminta saya menggantikan buku yang rosak / hilang tersebut termasuk mengambil semula semua buku teks yang ada pada anak saya.

5.    Saya berjanji akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak pengurusan SPBT.

        Yang benar,                                                                                Disahkan oleh guru kelas,


(                                       )                                                                   (                                          )
No. KP :
Tarikh :                                                                                                Tarikh :

SURAT AKUAN PINJAMAN MURID





SJK ( C ) PAY FONG 3                                                                         Telefon :  06-2840171
60,JALAN PUTERI HANG LI POH                                                       No. Fax :  06-2840171 
75100 MELAKA                            
SURAT AKUAN PINJAMAN MURID
Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT )

Pihak sekolah mendapati kebanyakan murid tidak menjaga buku teks dengan baik.  Memandangkan buku teks adalah hak kerajaan , adalah tanggungjawab sekolah untuk memberitahu kepada ibu bapa dan murid-murid tentang peraturan menjaga buku teks.  Sekiranya gagal mematuhi peraturan sedemikan, maka pihak sekolah  layak menuntut rugi terhadap kerosakan buku-buku pinjaman untuk menjamin bekalan buku tidak tergendala untuk tahun-tahun berikutan.
校方近日进行回收课本,察觉一部分学生没能好好保护所借书本。有关课本属政府资产,校方有责任提醒借书学生/家长有关于借书规则。如有违背条规,校方有权要求赔偿以便来年能足够提供给学生。

请家长签署有关借书保证书。谢谢合作。
贷书处启

~Gambar Bilik Boss~


Mural di bilik boss



Buku-buku menyusun di atas rak buku



Label buku-buku 


Maklumat-maklumat SPBT


Permainan di bilik boss


Akuarium di bilik boss


Komputer di bilik boss


Taman bunga bilik boss


 Guru Hem menghiaskan bilik boss


Guru pendidikan khas mengajar murid-murid dengan menggunakan komputer di bilik boss

Mural di bilik boss

~放羊的小孩~

蓝天白云下,放羊的小孩自由自在,无拘无束~

Friday, August 12, 2011

Peraturan-Peraturan Kelab SPBT

Peraturan-Peraturan Kelab SPBT
Matlamat : Kelab SPBT SJK ( C ) PAY FONG 3 ditubuhkan untuk melatih murid-murid dari segi perkembangan jasmani, rohani, emosi dan intelek.
Objektif : Murid-murid melakukan kerja harian dan tanggungjawab sendiri dengan Berjaya. Ahli-ahli boleh berdikari serta menunjukkan ciri-ciri sebagai pemimpin.
Untuk berjaya menjalankan kegiatan kelab SPBT, murid-murid perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:
  1. Ahli kelab mesti mematuhi arahan-arahan guru penasihat.
  2. Semua ahli kelab diwajibkan menghadiri setiap perjumpaan.
  3. Semua ahli mesti menjalankan aktiviti dengan bersungguh-sungguh misalnya membaikpulih buku teks, membalut buku teks, mengemaskan bilik BOSS, menghiaskan bilik BOSS dan sebagainya.
  4. Sebagai ahli mestilah berdisiplin, bersopan santun, berakhlak mulia dan sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada guru penasihat.
  5. Semua ahli mesti menjaga kebersihan bilik BOSS.
  6. Sebagai ahli yang bertanggungjawab semua peralatan yang telah digunakan mestilah disimpan di tempat asalnya.
  7. Semua ahli dikehendaki menjalankan tugas dengan mengikut jadual waktu yang disediakan.

LAGU BAHAGIAN BUKU TEKS

LAGU BAHAGIAN BUKU TEKS

BBT JAYA

Bersama kita, berazam cita
Gigih berjuang demi negara
Tingkat kualiti Bahagian kita
Kecemerlangan aspirasi utama

Melangkah maju capai wawasan
Impian jadi satu yang nyata
Menjana ilmu amanah negara
Cekap proaktif jadi amalan

Ilmu diutama cita kita semua
Pintar ICT membina identiti
Etika kerja jadikan pedoman
Berjiwa nan murni jadikan pegangan

BBT bersemangat jitu
BBT menuju mercu (2x)

Program SisteksBBT, eMATEKS Dan Kelab SPBT

Program SisteksBBT, eMATEKS Dan Kelab SPBT

Sisteksbbt

Sisteksbbt adalah satu sistem pengkomputeran pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah. Pembangunan Sisteksbbt adalah di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih.

Sisteksbbt diwujudkan untuk menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.

Program ini bertujuan untuk:
  1. Mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien berasaskan ICT
  2. Mewujudkan satu sistem yang dapat membantu pemantauan dan penyelarasan pengurusan SPBT di peringkat BBT/JPN/JAIN/PPG/PPD/PPDK

Sistem ini mempunyai ciri yang dapat memudahkan guru SPBT menguruskan SPBT iaitu:
  1. Semua maklumat dapat direkodkan melalui penggunaan pengimbas barkod (barcode reader)
  2. Sisteksbbt menggunakan sepenuhnya data dari SMM yang digunakan di sekolah. Oleh itu, guru tidak perlu memasukkan secara manual data murid ke dalam Sisteksbbt, memadai dengan mengimport data dari SMM
  3. Laporan-laporan yang diperlukan dalam pengurusan SPBT dapat dijana terus dari sistem ini

Semua laporan yang dijana oleh komputer merupakan data yang sahih atau tepat.Sebarang pengubahsuaian data oleh pentadbir sekolah akan menyebabkan sistem terhenti secara serta merta.

eMATEKS

eMATEKS ialah ringkasan kepada Elektronik Mantau Buku Teks adalah program pemantauan penerimaan dan pembayaran buku teks secara online. Ia bertujuan untuk mendapatkan status penerimaan buku teks oleh sekolah dan tuntutan pembayaran oleh penerbit di JPN dan BBT.

Melalui eMATEKS proses pemantauan akan menjadi lebih mudah dan maklumat dapat diperolehi dengan lebih cepat kerana:
1.   Kerana birokrasi dapat dikurangkan
2.   Proses penyampaian (delivery system) lebih cepat
3.   Maklumat dalam tempoh masa sebenar
4.   Dapat dicapai oleh semua pihak (stakeholders) dengan lebih mudah
5.   Dapat dicapai di mana-mana rangkaian internet

Kelab SPBT

Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun 2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT. Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di samping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu.

Surat siaran Bil. KP (BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998: apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Objektif Kelab SPBT adalah:
  1. Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh
  2. Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid
  3. Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT
  4. Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab-kelab lain di sekolah
  5. Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu

Keahlian Kelab SPBT ini adalah terbuka kepada semua murid yang berminat.

Kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab SPBT ini dapat memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu utama serta memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah:
·         Ceramah penjagaan buku teks
·         Pertandingan melukis kulit buku teks
·         Pertandingan melukis poster
·         Melukis mural
·         Kuiz